Sabtu, 08 September 2018

Kisah shahih dan kisah dhaif masuk Islamnya Sayyidina Umar r.a

*Kisah shahih dan kisah dhaif masuk Islamnya Sayyidina Umar r.a*

Saidina Umar Al Khattab radhiallahuanhu, suatu nama yang tidak asing bagi kita umat Islam. Beliau memeluk Islam pada tahun ke 7 kenabian. Beliau adalah seorang yang dihormati dalam kalangan bangsa Arab dan merupakan diantara orang yang lantang menentang dakwah Baginda nabi Muhammad S.A.W sebelum Islam.
Pengaruh beliau sangat besar dan mempunyai pengikut dari bani adi’. Sehingga Nabi Muhammad S.A.W pernah berdoa dalam sebuah hadis:

حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا خَارِجَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَكَانَ أَحَبُّهُمَا إِلَى اللَّهِ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Amir telah menceritakan kepada kami Kharijah bin Abdullah Al-Anshariy dari Nafi’, dari Ibnu Umar, pernah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah satu diantara kedua orang yang paling engkau cintai, Abu Jahal atau Umar bin Khattab.” Dan ternyata yang lebih Allah cintai diantara keduanya adalah Umar bin Khattab. (Musnad Ahmad)

Begitulah Umar Al Khattab, yang digelar Al Faruq, pemisah antara hak dan batil. Namun bagaimanakah kisah yang sahih mengenai beliau memeluk Islam??
Beginilah cerita Umar memeluk Islam yang sahih, ia terdapat dalam Musnad Ahmad:

حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنَا صَفْوَانُ حَدَّثَنَا شُرَيْحُ بْنُ عُبَيْدٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
خَرَجْتُ أَتَعَرَّضُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ أُسْلِمَ فَوَجَدْتُهُ قَدْ سَبَقَنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَقُمْتُ خَلْفَهُ فَاسْتَفْتَحَ سُورَةَ الْحَاقَّةِ فَجَعَلْتُ أَعْجَبُ مِنْ تَأْلِيفِ الْقُرْآنِ قَالَ فَقُلْتُ هَذَا وَاللَّهِ شَاعِرٌ كَمَا قَالَتْ قُرَيْشٌ قَالَ فَقَرَأَ
{ إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ قَلِيلًا مَا تُؤْمِنُونَ }
قَالَ قُلْتُ كَاهِنٌ قَالَ
{ وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ فَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ }
إِلَى آخِرِ السُّورَةِ قَالَ فَوَقَعَ الْإِسْلَامُ فِي قَلْبِي كُلَّ موقع.

Telah menceritakan kepada kami Abul Mughirah Telah menceritakan kepada kami Shafwan Telah menceritakan kepada kami Syuraih Bin ‘Ubaid dia berkata; Umar Bin Al Khattab berkata;

aku keluar menghadang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebelum aku masuk Islam, tapi aku dapati beliau telah mendahuluiku di masjid dan aku berdiri di belakangnya, kemudian beliau membuka shalatnya dengan membaca surat Al Haaqqah sehingga aku terkagum-kagum dengan susunan Al Qur’an,

” Umar melanjutkan; maka aku berkata; “Demi Allah, orang ini adalah seorang penya’ir sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Quraisy, ” Umar melanjutkan; kemudian beliau mambaca ayat: “Sesungguhnya Al Quran itu adalah benar-benar wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasul yang mulia. Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya” (QS Al Haaqah ayat 40-41),

Umar berkata; maka aku berkata; “tukang tenung” (ahli sihir) kemudian beliau membaca: “Dan bukan pula perkataan tukang tenung. sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) kami, Niscaya benar-benar kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu,” sampai akhir surah, maka Umar berkata; “Maka Islam benar-benar membenam didalam hatiku.”(Musnad Ahmad)

Maka pada akhirnya beliau telah memeluk Islam. Beginilah cerita sahih yang telah ditulis di dalam Musnad Ahmad, juga diriwayatkan oleh Tabrani dalam kitab Aw’sat, juga sanadnya semua perawi adalah thiqah seperti mana yang disebut dalam tahzib tahzib dan taqrib.
Adapun sebuah riwayat yang akan saya sebutkan di bawah ini adalah masyhur akan tetapi terdapat beberapa pandangan dari sebahagian besar ulama hadis mengenai kesahihannya.

Riwayat ini terdapat dalam rahiq maqtum karya mubarakfuri, di dalam Tarikh Dimasyk karya ibnu Asakir.
Pada suatu hari, beliau keluar dengan menghunus pedangnya bermaksud membunuh Rasulullah. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Nu`aim bin Abdullah al ‘Adawi, seorang laki-laki dari Bani Zuhrah. Lekaki itu berkata kepada Umar bin Khattab, “Mau kemana wahai Umar?” Umar bin Khattab menjawab, “Aku ingin membunuh Muhammad.” Lelaki tadi berkata, “Bagaimana kamu akan aman dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad?” Maka Umar menjawab, “Tidaklah aku melihatmu melainkan kamu telah meninggalkan agama nenek moyangmu.” Tetapi lelaki tadi menimpali, “Maukah aku tunjukkan yang lebih mencengangkanmu, hai Umar? Sesugguhnya adik perampuanmu dan iparmu telah meninggalkan agama yang kamu yakini.”

Kemudian dia bergegas mendatangi adiknya yang sedang belajar Al Qur’an, surat Thaha kepada Khabab bin al Arat. Tatkala mendengar Umar bin Khattab datang, maka Khabab bersembunyi. Umar bin Khattab masuk rumahnya dan menanyakan suara yang didengarnya. Kemudian adik perempuan Umar bin Khattab dan suaminya berkata, “Kami tidak sedang membicarakan apa-apa.” Umar bin Khattab menimpali, “Sepertinya kalian telah keluar dari agama nenek moyang kalian.” Iparnya menjawab, “Wahai Umar, apa pendapatmu jika kebenaran itu bukan berada pada agamamu?” Mendengar ungkapan tersebut Umar bin Khattab memukulnya hingga terluka dan berdarah, karena tetap saja saudaranya itu mempertahankan agama Islam yang dianutnya, Umar bin Khattab berputus asa dan menyesal melihat darah mengalir pada iparnya.

Umar bin Khattab berkata, “Berikan kitab yang ada pada kalian kepadaku, aku ingin membacanya.” Maka adik perempuannya berkata, “Kamu itu kotor. Tidak boleh menyentuh kitab itu kecuali orang yang bersuci. Mandilah terlebih dahulu!” Lantas Umar bin Khattab mandi dan mengambil kitab yang ada pada adik perempuannya. Ketika dia membaca surat Thaha, dia memuji dan muliakan isinya, kemudian minta ditunjukkan keberadaan Rasulullah.

Tatkala Khabab mendengar perkataan Umar bin Khattab, dia muncul dari persembunyiannya dan berkata, “Aku akan beri kabar gembira kepadamu, wahai Umar! Aku berharap engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah pada malam Kamis, ‘Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar bin Khatthab atau Abu Jahl (Amru) bin Hisyam.’ Waktu itu, Rasulullah berada di sebuah rumah di daerah Shafa.” Umar bin Khattab mengambil pedangnya dan menuju rumah tersebut, kemudian mengetuk pintunya. Ketika ada salah seorang melihat Umar bin Khattab datang dengan pedang terhunus dari celah pintu rumahnya, dikabarkannya kepada Rasulullah. Lantas mereka berkumpul. Hamzah bin Abdul Muthalib bertanya, “Ada apa kalian?” Mereka menjawab, “Umar datang!” Hamzah bin Abdul Muthalib berkata, “Bukalah pintunya. Kalau dia menginginkan kebaikan, maka kita akan menerimanya, tetapi kalau menginginkan kejelekan, maka kita akan membunuhnya dengan pedangnya.” Kemudian Rasulullah menemui Umar bin Khattab dan berkata kepadanya, “Ya Allah, ini adalah Umar bin Khattab. Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar bin Khattab.” Dan dalam riwayat lain, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar.”

Maka kisah di atas ini adalah riwayat adalah mungkar disisi Imam Bukhari di dalam Tarikh Kabir, juga berkata Az Zahbi di dalam kitabnya Mizanul Adil bahawa riwayat tersebut tersangat mungkar.
Terdapat juga riwayat yang lain hanya sedikit berbeda lafadz dari riwayat mungkar yang disebutkan akan tetapi ia juga disebut sebagai matruk (ditinggalkan) oleh Ibnu Hajar dalam Tahrir Taqrib.

Semoga kita diberi hidayah oleh Allah Azawajal dalam membaca dan menceritakan sirah melalui riwayat yang sahih dan bukan riwayat yang daif dan mungkar bahkan bukan yang palsu. Semoga beroleh manfaat buat semua.
Rujukan

– صحيح السيرة النبوية، ابراهيم العلي
– قصص ضعيفة من التاريخ الإسلام، طه بن علي بسريح التونسي
– حقبة من التاريخ، عثمان بن محمد الخميس
– مسند الإمام احمد بن حنبل