Senin, 12 Februari 2018

Adab menghormati suami

_ADAB MENGHORMATI SUAMI_

_*Kehadiran seorang insan yang bergelar suami di dalam rumah itu adalah merupakan suatu rahmat kepada setiap insan yang dipanggil isteri. Kerana dari segi bilangan dan jangka hayat, wanita itu melebihi dari kaum lelaki, sebab itulah juga Islam menghalalkan poligami seperti yang ditunjukkan oleh Nabi; dan tidak berlaku di dalam agama lainnya. Justeru itulah, Islam mengaturkan adab. Antara adab-adab bagi memuliakan insan bergelar suami itu adalah seperti berikut:*_

_*1. Dalam hal apa pun (kecuali maksiat) isteri harus selalu taat pada suami.*_

_*2. Selalu mendahulukan kepentingan suami daripada yang lain.*_

_*3. Mendidik anak, menjaga harta dan kehormatan suami.*_

_*4. Mempersiapkan semua keperluan suami, mengurus rumahtangga supaya baik, bersih dan rapi menurut Sunnah.*_

_*5. Janganlah sembarangan membelanjakan harta suami secara tidak tepat dan boros, dan tidak bermusyawarah untuk setiap pengeluaran.*_

_*6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami.*_

_*7. Sewaktu suami berbicara hendaklah isteri mendengar dan tidak memotong perbicaraan.*_

_*8. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, dan jangan suka menjawab apa lagi menentang.*_

_*9. Senantiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami serta bersikap baik dan ramah.*_

_*10. Wajib bagi isteri agar senantiasa mempunyai rasa malu pada suaminya, dan menundukkan pandangan di hadapannya serta merendahkan nada suara.*_

_*11. Berdiri untuk menyambut suaminya datang mahupun masa pergi.*_

_*12. Menawarkan dirinya kepada suami ketika hendak tidur.*_

_*13. Memakai wangi-wangian serta memelihara nafas dari mulutnya.*_

_*14. Senantiasa berhias di hadapan suaminya, serta meninggalkan berhias ketika suaminya tidak ada.*_

_*15. Tidak menolak ajakan suaminya.*_

_*16. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.*_

_*17. Selalu memohon maaf suami ketika hendak tidur dan ketika suami akan pergi.*_

_*18. Mengusap janggut suami dengan doa:*_ *اَمَنْـتُ بِـااللهِ بِـقَدْرِهِ* .

_*19. Bila isteri memicit suaminya tanpa disuruh terlebih dahulu akan diberikan pahala 7 mangkuk emas, sementara bila memicit setelah disuruh akan mendapat 7 mangkuk perak.*_

_*20. Doa memeluk suami:*_ اَللَّهُـمَّ زِدْنَـَا مَحَبَّـةً لِلاِْسْلاَمِ

_*21. Satu hari khidmat pada suami dengan ikhlas sama dengan pahala 1000 haji dan 1000 umrah yang mabrur.*_

_*22. Tidak puasa sunat tanpa izin suami.*_

_*23. Bila suami memberi nafkah sedikit, maka hendaknyalah bersyukur (Qana`ah).*_

_*24. Bila suami pulang dari berpergian, mencium keningnya sama dengan mencium Hajaralaswad.*_

_*25. Isteri yang meminyaki dan menyisir rambut suami, mengemas janggut, menggunting misai/kumis dan memotong kuku suami, maka Allah SWT akan memberi:*_
_*Minum dari air Syurga dan diringankan hisabnya.*_
_*Dimudahkan ketika Sakratulmaut.*_
_*Kuburnya seperti taman-taman Syurga.*_
_*Terlepas dari seksa neraka.*_
_*Melintasi Sirathalmustaqim tanpa susah payah.*_
_*Mendapat 1000 haji dan 1000 umrah.*_

_*26. Wanita yang menjaga hijab atau purdah, maka:*_
_*Allah SWT tingkatkan Nur wajahnya 13 kali lipat dari wajah aslinya.*_
_*Di akhirat Allah SWT tingkatkan kecantikannya 70 kali lipat dari kecantikan bidadari yang bernama La`aiba, seorang bidadari yang Allah SWT ciptakan